Sejarah

TAHUN PERISTIWA
1984 Sekolah ini mula dibina pada penghujung tahun 1983, ia terletak di atas kawasan seluas 5.5 ekar dan terdiri daripada dua blok bangunan pasang siap setingkat. Pada asalnya bangunan ini mempunyai sebuah pejabat, sebuah perpustakaan, sebelas bilik darjah, dua buah tandas murid dan dua buah tandas guru. Bangunan ini siap dibina dan digunakan pada Januari 1984 tanpa kemudahan asas seperti bekalan elektrik, air dan kantin.
1987 Sebuah blok bangunan sementara telah dibina memandangkan penambahan murid yang begitu ketara sekali. Bangunan kekal atau bangunan bertngkat mula dibina pada tahun 1987 di bawah pembiayaan Bank Dunia. Walaupun bangunan baru telah didirikan, bangunan asal masih belum diruntuhkan malahan terus digunakan sebagai bilik-bilik darjah sehingga 1993.
1988 Dua sesi pagi dan petang mula diwujudkan pada tahun ini memandangkan pertambahan murid-murid sekolah.
1990 Sebuah bangunan tambahan telah didirikan. Ia merupakan bangunan setingkat yang mempunyai 4 bilik darjah.
1991 Pembinaan surau sekolah siap untuk digunakan.
1994 Logo baru SK Taman Tasik hasil ciptaan En Mohd Shuhaimi bin Mat Isa.
1995 Dengan bantuan PIBG SKTT, sekolah telah memulakan Program Pendidikan Berbantukan Komputer.
2003 BACATHON dirasmikan bertujuan menaikkan taraf Pusat Sumber dan meningkatkan Prasarana Makmal Komputer, menaik taraf surau dan bilik Pendidikan Moral.
2004 Bangunan baru blok A siap dibina. Ia dilengkapi sebuah pejabat baru, Bilik Guru, Pusat  Sumber, Makmal Sains dan beberapa bilik darjah serta tandas.


Switch to Mobile Version