HAL EHWAL MURID

ORIENTASI DAN SUAI MESRA TAHUN SATU 2019

Nov 22, 2018
ORIENTASI DAN SUAI MESRA TAHUN SATU 2019
View Full Size
Sabtu ini bertempat di dewan serentas dan kelas tahun 1....senarai nama tahun 1 sesi 2019 sudah ditampal pada papan kenyataan blok tahun 1 dan luar dewan...

SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK 2018

Oct 31, 2018
SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK 2018
View Full Size
30 OKTOBER 2018 (SELASA)

Hari Kanak-kanak disambut dengan penuh kemeriahan dan keceriaan. Dengan tema "topeng muka" dan pertandingan baju kerjaya pilihan kanak-kanak menambahkan lagi keseronokan mereka. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YDP PIBG, En Izudin bin Masowadi dengan simbolik acara pemotongan kek. Selain acara pertandingan baju kerjaya terdapat juga persembahan murid, sambutan hari jadi dan jamuan kelas. Tidak dinafikan kerjaya sebagai guru menjadi pilihan majoriti kanak-kanak masa kini khasnya dalam kalangan murid-murid SK Taman Tasik. Acara sambutan bermula seawal 8 pagi untuk sesi pagi dan bersambung sehingga pukul 6 petang untuk sesi petang. 

HARI BERSAMA MPAJ

Jul 4, 2018
HARI BERSAMA MPAJ
View Full Size

(SELASA) 03 JULAI 2018
Unit Hal Ehwal Murid SK Taman Tasik dengan kerjasama pihak Majlis Perbandaran Ampang Jaya telah mengadakan Hari Bersama MPAJ. Sebanyak 4 agensi turut serta dalam program tersebut iaitu pihak "My Save Food" daripada MARDI, Pejabat Kesihatan Hulu Langat KKM, UNITEN dan Unit Kesihatan Alam Sekitar MPAJ. Pada sebelah pagi, murid-murid didedahkan tentang bahaya aedes dan dadah melalui ceramah yang telah disampaikan oleh Encik Syamsul-Amri Bin Zainal dan Encik Syahir Bin Syamsir. Pada sebelah tengah hari dan petang, sesi taklimat mengenai baja kompos serta pengurusan sisa makanan telah disampaikan oleh pihak MARDI dan MPAJ. Di samping pameran, pertandingan melukis poster dan mewarna juga diadakan bagi memupuk nilai kebersihan dan keselamatan dalam diri murid-murid.

Switch to Mobile Version