SUKAN & KOKURIKULUM

Perkhemahan Unit Beruniform 2018

Oct 30, 2018
Perkhemahan Unit Beruniform 2018
View Full Size
28 OKTOBER 2018 (AHAD)

Perkhemahan Unit Beruniform SERENTAS 2018 melabuhkan tirai pada hari ini. Program 3 hari 2 malam ini telah bermula pada hari Jumaat bersamaan 26 Oktober 2018 jam 4.00 petang dengan sesi pendaftaran peserta. Antara objektif utama program ini adalah untuk memantapkan jati diri peserta melalui aktiviti yang dijalankan dan melengkapkan diri peserta dengan kemahiran di luar alam persekolahan. Semua aktiviti berbentuk pertandingan bagi mencipta daya saing dalam kalangan peserta perkhemahan kali ini. Diantaranya termasuklah:
1. Permainan Sukan Rakyat dan Memanah
2. LDK - Kenegaraan
3. Pemasangan Khemah dan Gajet
4. Masterchef Junior
5. Persembahan Malam Kebudayaan
6. Asas Kawad Kaki
Seramai 106 murid Tahap 2 menyertai kem kali ini dan mereka dibahagikan kepada 10 kumpulan. Penyelaras pada kali ini ialah Pn Nur Aimi dan dibantu oleh Cik Wan Nur Shazana. Manakala En Azhar telah dilantik sebagai Kem Komanden. Program ini ditadbir dan ditaja oleh Unit Kokurikulum dibawah pentadbiran Pn Juliyana selaku Penolong Kanan Kokurikulum. 

Klik disini untuk melihat album gambar.

HARI KECERGASAN SERENTAS 2018

Oct 25, 2018
HARI KECERGASAN SERENTAS 2018
View Full Size
SABTU 13 OKTOBER 2018
Hari Kecergasan peringkat sekolah telah diadakan serentak dengan sambutan Hari Kecergasan peringkat kebangsaan. Program tersebut dimulakan dengan aktiviti senamrobik dan dipenuhi dengan pelbagai aktiviti sukan termasuk memanah, bola jaring, sepak takraw, bola tampar dan catur. Aktiviti sukan berbentuk pertandingan bagi murid Tahun 4 dan Tahun 5, kepegawaian dan kejurulatihan bagi murid Tahun 6 serta kecergasan bagi kalangan guru dan kakitangan. Hadiah berupa medal dan sijil telah disampaikan oleh YDP PIBG, En Izudin bin Masowadi dalam satu acara penutup di akhir program tersebut. (Lihat galeri foto untuk melihat gambar-gambar menarik sepanjang program)
Klik disini untuk melihat galeri foto:


KEM BESTARI SOLAT SIRI 2 SESI 2018

Aug 16, 2018
KEM BESTARI SOLAT SIRI 2 SESI 2018
View Full Size
*KEM BESTARI SOLAT SIRI 2*

TARIKH: 11 OGOS 2018
HARI:  SABTU
MASA:  7.30 PAGI -12.30 TENGAH HARI

OBJEKTIF:
1. Murid dapat membuat amali wudhuk dengan sempurna. 

2. Murid dapat membaca dan menghafaz bacaan wajib dan bacaan sunat dalam solat.

3. Murid dapat tahu perlakuan solat dengan betul dan sempurna.

4. Murid dapat membuat amali solat berjemaah dengan betul. 

5. Murid dapat belajar cara berkhutbah dan adab2 mendengar khutbah dengan baik.

6. Agar murid cintakan solat serta boleh solat dengan sempurna.

KEHADIRAN: 

Tahun 1 =145 org (54%)
Tahun 2 = 138 org (54%)
Tahun 3 =81 org (33%)
Tahun 4 = 89 org (49%)
Tahun 5 = 85 org (42.5%)
*Jumlah:  554 org murid*

PENGISIAN:

Tahun 1:
1. Latih tubi menghafaz lafaz niat solat dan membaca alfatihah dengan betul.
2. Aktiviti pengukuhan (permainan)
3. Amali solat.

Tahun 2:
1. Latih tubi menghafaz bacaan duduk antara dua sujud dan tasyahhud akhir serta selawat ibarahimiyah.
2. Aktiviti pengukuhan (permainan)
3. Amali solat.

Tahun 3:
1. Latih tubi membaca dan menghafaz doa qunut,  rukuk, duduk antara dua sujud dan sujud.
2. Aktiviti pengukuhan (permainan)
3. Amali solat.

Tahun 4 dan 5:
1. Latih tubi menghafaz  bacaan dalam solat.
2. Amali khutbah dan solat berjamaah.

Pada hari yang sama juga berlangsungnya  Latihan Dalam Perkhidmatan atau "in-house training" KSSR Tahun 3 bagi guru-guru Bahasa Inggeris serta Kelas Tambahan bagi murid-murid Tahun 6. Semua program telah dijalankan dengan jayanya.

TEMASYA SUKANEKA 2018

May 5, 2018
TEMASYA SUKANEKA 2018
View Full Size
4 MEI 2018 (JUMAAT)

Temasya Sukaneka 2018 telah berlangsung seawal jam 8 pagi di padang bola sepak SERENTAS. Temasya ini melibatkan semua murid pra sekolah dan murid Tahap Satu iaitu daripada Tahun 1 hingga Tahun 3. Sukaneka kali ini dirasmikan oleh Encik Azman bin Wahid selaku Ketua Penerangan UMNO Bahagian Ampang. Dalam keadaan cuaca yang amat baik temasya kali ini melibatkan hampir 800 orang murid, 16 acara dan 56 orang guru dalam Jawatankuasa Pelaksana yang dinaungi oleh YDP PIBG iaitu Encik Izudin bin Masowadi. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam penganjuran kali ini samada secara langsung atau tidak langsung. Jawatankuasa Pelaksana untuk temasya kali ini diketuai oleh Setiausaha Sukaneka Encik Abdul Rahim bin Mohammad.

3 PROGRAM 3 PERINGKAT PENYERTAAN DALAM 1 HARI

Apr 29, 2018
3 PROGRAM 3 PERINGKAT PENYERTAAN DALAM 1 HARI
View Full Size
Tahniah dan Syabas diucapkan kepada warga SK Taman Tasik atas pencapaian yang membanggakan. Semalam bersamaan dengan 28hb April 2018 (Sabtu) telah berlangsungnya tiga program yang melibatkan penyertaan mereka dalam 3 peringkat yang berlainan.

1. Tingkah Serentak Sempena Hari Tari Sedunia Peringkat Kebangsaan 2018 - telah diadakan di SK Bukit Pantai Bangsar yang dirasmikan oleh Pengarah Bahagian Kokurikulum KPM (INDUK) dan oleh Encik Shaharuddin bin Eusop, Guru Besar SK Bukit Pantai. Program anjuran Penggiat Zapin Johor dengan kerjasama Bahagian Kokurikulum dan Kesenian KPM ini bersiaran secara langsung di Malaysia. Indonesia dan Brunei selama 25 minit dan diiringi oleh 6 buah lagu joget, zapin dan inang. Seramai 31 ahli Kelab Kesenian dan Kebudayaan Sanggar Mustika daripada SK Taman Tasik yang diringi oleh 15 orang guru telah mengambil bahagian. Kelab Sanggar Mustika ini merupakan satu-satunya wakil dari negeri Selangor.

2. Pertandingan Rekacipta Dalam Program 
River of Life Sempena " WORLD EARTH DAY 2018 " Peringkat Negeri - telah diadakan di SK Pandan Perdana, Ampang dan dirasmikan oleh Tuan Haji Md Khairi bin Selamat (Pengarah BPLS JPS Malaysia). Pertandingan anjuran Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia ini telah disertai oleh seramai 8 orang murid Tahun 6 yang telah dibimbing oleh guru-guru dari Kelab Rekacipta SK Taman Tasik. Kelab ini telah berjaya merangkul Naib Johan dalam pertandingan yang bermotifkan kesedaran orang ramai dalam menguruskan sisa pepejal dan menjaga alam sekitar dengan baik.

3. Kem Kecemerlangan Jawi 2018 Peringkat Sekolah -  dilaksanakan di Dataran Serentas dan bilik-bilik darjah. Kem ini telah dirasmikan oleh Encik Muhamad Fadzli bin Misman (Penyelia Petang). Program belajar Jawi dan diselangi dengan permainan anjuran Panitia Agama Islam ini telah disertai oleh murid-murid Tahun 1 hingga 6 yang terpilih. Pembelajaran dalam bilik darjah dikendalikan oleh guru-guru penolong agama manakala permainan di dataran oleh guru-guru pendidikan jasmani, sukan dan kokurikulum. Objektif utama program ialah membimbing murid mengenal huruf-huruf jawi, membaca dan menulis jawi dengan lebih mahir. 

KITA LAH JUARA

Apr 12, 2018
KITA LAH JUARA
View Full Size
KHAMIS 12.04.2018
Tahniah buat pasukan bola sepak SERENTAS kerana berjaya mengungguli takhta JUARA Kejohanan Bola Sepak Zon Ampang tengah hari tadi. Pasukan ini telah menewaskan pasukan SK Ampang di peringkat akhir dan kemenangan ditentukan dengan sepakan penalti setelah seri 1-1 dalam masa penuh. Pertandingan telah diadakan di SK Taman Muda dan Juara membawa pulang Piala Pusingan dan medal. Terima kasih dan tahniah buat para jurulatih En Lokman, En Budi dan Ustaz Syahir, YDP PIBG, NA Aluminium dan semua warga SERENTAS. 

Pelancaran Program "River of Life" Fasa 3B dan Fasa 4

Apr 4, 2018
Pelancaran Program "River of Life" Fasa 3B dan Fasa 4
View Full Size
RABU 4hb April 2018 @2.30 p.m
Majlis Pelancaran Program "River of Life" Fasa 3B dan Fasa 4 telah berlangsung di Bilik Mesyuarat SK Taman Tasik. Program kerjasama antara Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor dengan Kelab Inovasi dan Rekacipta SK Taman Tasik ini akan diadakan pada setiap Rabu bermula hari ini. Ia melibatkan guru dan murid daripada 7 buah sekolah dalam Zon Ampang. Pengenalan program ini adalah langkah bukan kejuruteraan dalam meningkatkan kesedaran, memupuk sikap menyayangi & memelihara sungai di kalangan masyarakat dan ianya bermula di sekolah. Kawasan yang terlibat adalah Lembangan Sg Ampang dan hulu Sg Gombak.

Switch to Mobile Version