Latest News

TEMASYA SUKANEKA 2018

May 5, 2018
TEMASYA SUKANEKA 2018
View Full Size
4 MEI 2018 (JUMAAT)

Temasya Sukaneka 2018 telah berlangsung seawal jam 8 pagi di padang bola sepak SERENTAS. Temasya ini melibatkan semua murid pra sekolah dan murid Tahap Satu iaitu daripada Tahun 1 hingga Tahun 3. Sukaneka kali ini dirasmikan oleh Encik Azman bin Wahid selaku Ketua Penerangan UMNO Bahagian Ampang. Dalam keadaan cuaca yang amat baik temasya kali ini melibatkan hampir 800 orang murid, 16 acara dan 56 orang guru dalam Jawatankuasa Pelaksana yang dinaungi oleh YDP PIBG iaitu Encik Izudin bin Masowadi. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam penganjuran kali ini samada secara langsung atau tidak langsung. Jawatankuasa Pelaksana untuk temasya kali ini diketuai oleh Setiausaha Sukaneka Encik Abdul Rahim bin Mohammad.

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG GURU DAN KAKITANGAN 2017

May 3, 2018
ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG GURU DAN KAKITANGAN 2017
View Full Size
RABU, 2 MEI 2018:

Seramai 7 orang guru SK Taman Tasik telah dinobatkan dengan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Daerah Hulu Langat bagi tahun 2017. Mereka terdiri daripada En Budi Herman, Pn Mastura Yusoff, Pn Kaveri Shantha, Pn Zuriawati, Pn Nur Hazirah, Pn Siti Hamidah dan Pn Lizawati. Majlis ini telah berlangsung di Pusat Konvensyen Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Turut mengiringi penerima-penerima anugerah adalah En Azril Sham bin Mohamed, Penolong Kanan Kurikulum SK Taman Tasik. Semoga dengan pemberian ini dapat menyuntik semangat dan iltizam para penerima untuk bekerja dengan lebih cemerlang dan menjadi teladan kepada rakan-rakan guru dan kakitangan.

Majlis Pelancaran Program SUKSeS The Champion 2018

Apr 30, 2018
Majlis Pelancaran Program SUKSeS The Champion 2018
View Full Size
30 April 2018 (ISNIN)

Pagi ini telah berlangsungnya majlis pelancaran Program SUKSes The Champion bagi tahun 2018. Bermula jam 8.00 pagi, majlis ini telah dirasmikan oleh Yang DiPertua PIBG iaitu Encik Izudin bin Masowadi. Majlis pelancaran diteruskan dengan taklimat oleh Guru Besar, Puan Juhranar binti Yang dan diikuti pembentangan oleh Penolong Kanan Kurikulum dan Penolong Kanan Kokurikulum kepada ibu bapa yang hadir. Seramai 75 orang murid telah terpilih mengikuti program berbentuk perbincangan intensif secara berkumpulan, perkomgsian idea, bimbingan berfokus dan tugasan luar bilik darjah ini. Selain itu, 10 orang guru telah dilantik bagi membimbing murid-murid ini yang telah dibahagikan kepada 10 kumpulan. Objektif utama program ini adalah bagi meningkatkan pencapaian murid dan seterusnya sekolah dalam UPSR 2018 dan meningkatkan jumlah murid mendapat 6A. Majlis pelancaran diakhiri dengan bacaan Ikrar UPSR oleh semua peserta program dan sesi suai kenal serta perbincangan bersama ibu bapa dalam setiap kumpulan. Pihak sekolah amat berbesar hati serta berharap program ini mendapat kerjasama dan sokongan padu daripada ibu bapa pelajar yang terpilih.

3 PROGRAM 3 PERINGKAT PENYERTAAN DALAM 1 HARI

Apr 29, 2018
3 PROGRAM 3 PERINGKAT PENYERTAAN DALAM 1 HARI
View Full Size
Tahniah dan Syabas diucapkan kepada warga SK Taman Tasik atas pencapaian yang membanggakan. Semalam bersamaan dengan 28hb April 2018 (Sabtu) telah berlangsungnya tiga program yang melibatkan penyertaan mereka dalam 3 peringkat yang berlainan.

1. Tingkah Serentak Sempena Hari Tari Sedunia Peringkat Kebangsaan 2018 - telah diadakan di SK Bukit Pantai Bangsar yang dirasmikan oleh Pengarah Bahagian Kokurikulum KPM (INDUK) dan oleh Encik Shaharuddin bin Eusop, Guru Besar SK Bukit Pantai. Program anjuran Penggiat Zapin Johor dengan kerjasama Bahagian Kokurikulum dan Kesenian KPM ini bersiaran secara langsung di Malaysia. Indonesia dan Brunei selama 25 minit dan diiringi oleh 6 buah lagu joget, zapin dan inang. Seramai 31 ahli Kelab Kesenian dan Kebudayaan Sanggar Mustika daripada SK Taman Tasik yang diringi oleh 15 orang guru telah mengambil bahagian. Kelab Sanggar Mustika ini merupakan satu-satunya wakil dari negeri Selangor.

2. Pertandingan Rekacipta Dalam Program 
River of Life Sempena " WORLD EARTH DAY 2018 " Peringkat Negeri - telah diadakan di SK Pandan Perdana, Ampang dan dirasmikan oleh Tuan Haji Md Khairi bin Selamat (Pengarah BPLS JPS Malaysia). Pertandingan anjuran Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia ini telah disertai oleh seramai 8 orang murid Tahun 6 yang telah dibimbing oleh guru-guru dari Kelab Rekacipta SK Taman Tasik. Kelab ini telah berjaya merangkul Naib Johan dalam pertandingan yang bermotifkan kesedaran orang ramai dalam menguruskan sisa pepejal dan menjaga alam sekitar dengan baik.

3. Kem Kecemerlangan Jawi 2018 Peringkat Sekolah -  dilaksanakan di Dataran Serentas dan bilik-bilik darjah. Kem ini telah dirasmikan oleh Encik Muhamad Fadzli bin Misman (Penyelia Petang). Program belajar Jawi dan diselangi dengan permainan anjuran Panitia Agama Islam ini telah disertai oleh murid-murid Tahun 1 hingga 6 yang terpilih. Pembelajaran dalam bilik darjah dikendalikan oleh guru-guru penolong agama manakala permainan di dataran oleh guru-guru pendidikan jasmani, sukan dan kokurikulum. Objektif utama program ialah membimbing murid mengenal huruf-huruf jawi, membaca dan menulis jawi dengan lebih mahir. 

KITA LAH JUARA

Apr 12, 2018
KITA LAH JUARA
View Full Size
KHAMIS 12.04.2018
Tahniah buat pasukan bola sepak SERENTAS kerana berjaya mengungguli takhta JUARA Kejohanan Bola Sepak Zon Ampang tengah hari tadi. Pasukan ini telah menewaskan pasukan SK Ampang di peringkat akhir dan kemenangan ditentukan dengan sepakan penalti setelah seri 1-1 dalam masa penuh. Pertandingan telah diadakan di SK Taman Muda dan Juara membawa pulang Piala Pusingan dan medal. Terima kasih dan tahniah buat para jurulatih En Lokman, En Budi dan Ustaz Syahir, YDP PIBG, NA Aluminium dan semua warga SERENTAS. 

Surat Siaran Sekolah Bulan April 2018

Apr 9, 2018
Surat Siaran Sekolah Bulan April 2018
View Full Size
RALAT:
1. Perkara 3 Kem Jawi....hanya murid yang terlibat sahaja perlu hadir
2. Perkara 4 Kem River of Life....setiap hari Rabu bermula 11/4/2018...hanya guru dan murid terlibat sahaja

Pelancaran Program "River of Life" Fasa 3B dan Fasa 4

Apr 4, 2018
Pelancaran Program "River of Life" Fasa 3B dan Fasa 4
View Full Size
RABU 4hb April 2018 @2.30 p.m
Majlis Pelancaran Program "River of Life" Fasa 3B dan Fasa 4 telah berlangsung di Bilik Mesyuarat SK Taman Tasik. Program kerjasama antara Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor dengan Kelab Inovasi dan Rekacipta SK Taman Tasik ini akan diadakan pada setiap Rabu bermula hari ini. Ia melibatkan guru dan murid daripada 7 buah sekolah dalam Zon Ampang. Pengenalan program ini adalah langkah bukan kejuruteraan dalam meningkatkan kesedaran, memupuk sikap menyayangi & memelihara sungai di kalangan masyarakat dan ianya bermula di sekolah. Kawasan yang terlibat adalah Lembangan Sg Ampang dan hulu Sg Gombak.

SERENTAS TEAM BUILDING 2018

Mar 31, 2018
SERENTAS TEAM BUILDING 2018
View Full Size
SABTU 31 MAC 2018 - Bertempat di Nur Lembah Pangsun Eco Resort, Hulu Langat, BKGK SK Taman Tasik telah menganjurkan program Team Building bagi guru dan kakitangannya. Antara aktiviti yang telah dijalankan termasuklah Senamrobik, Explorace, Water Confidence dan Pond Rafting. Program bermula seawal jam 8.00 pagi dan berakhir 4.30 petang. Objektif utama program adalah bertujuan merapatkan hubungan serta ukhwah antara semua guru dan kakitangan.
Lihat Galeri Foto

Pelancaran HAN1S ,Kem Membaca dan Bulan Bahasa Melayu

Feb 28, 2018
Pelancaran HAN1S ,Kem Membaca dan Bulan Bahasa Melayu
View Full Size
28 Feb 2018
Bertempat di Dataran SERENTAS berlangsung Majlis Pelancaran HAN1S,Kem Membaca 1 Malaysia dan Bulan Bahasa Melayu. Majlis dirasmikan oleh guru besar Pn Juhranar bt Yang.

Bengkel Home Tutor

Feb 9, 2018
Bengkel Home Tutor
View Full Size
09/02/2018 (JUMAAT)
Pihak Home Tutor telah bertandang ke SK Taman Tasik untuk memberikan penerangan tentang cara-cara mengulangkaji pelajaran menerusi Home Tutor Online Training. Program atas talian ini telah dihadiahkan secara percuma kepada 225 orang murid Tahun 6 sesi 2018. Kos telah ditanggung oleh Yayasan Kebajikan Nusantara (YAKIN). Semoga program ini memberikan manfaat dan impak yang besar terhadap pencapaian murid-murid dalam peperiksaan dalaman mahupun UPSR nanti.

SIARAN SEKOLAH BULAN FEBRUARI 2018

Feb 5, 2018
SIARAN SEKOLAH BULAN FEBRUARI 2018
View Full Size
RALAT pada perkara 6:
Perhimpunan Mingguan Kokurikulum ditangguhkan ke 29/02/2018 kerana pada 19/02/2018 sekolah masih lagi ditutup kerana Cuti Hari Raya Cina. Sekian harap maklum.

PROGRAM TAUTAN KASIH IBU BAPA/ PENJAGA MURID TAHUN 6 2018

Feb 3, 2018
PROGRAM TAUTAN KASIH IBU BAPA/ PENJAGA MURID TAHUN 6 2018
View Full Size
SABTU 3 Februari 2018 telah diadakan Program Tautan Kasih bersama Ibu bapa murid tahun 6. Program ini berlangsung di Dewan SERENTAS. Ibu bapa diberi penerangan berkenaan PPSR 2018 yang disampaikan oleh Guru Besar, Wakil PPD dan GPK Kokurikulum . Ibu bapa juga diberi taklimat oleh Pihak Home Tutor.  Semua murid tahun 6 akan menggunakan Program Home Tutor yang telah ditaja oleh Yayasan Kebajikan Nusantara. 

Antara Objektif program ini :

1. berusaha mewujudkan interaksi suasana mesra dan kerjasama yang erat di antara pihak sekolah dengan ibu bapa.

2. menyampaikan maklumat kepada ibu bapa berkenaan perlaksanaan Program Kecemerlangan UPSR 2018.

Pelancaran NILAM dan Pelantikan Pengawas Pusat Sumber

Feb 3, 2018
Pelancaran NILAM dan Pelantikan Pengawas Pusat Sumber
View Full Size
Isnin 29 Januari 2018
Bertempat di Dewan SERENTAS berlangsung Majlis Pelancaran NILAM dan pelantikan pengawas pusat sumber. Majlis telah dirasmikan oleh Puan Juliyana bt Herman GPK Kokurikulum yang mewakili Guru Besar.

KHEMAH IBADAT DAN KEM BESTARI SOLAT TAHUN 6

Jan 30, 2018
KHEMAH IBADAT DAN KEM BESTARI SOLAT TAHUN 6
View Full Size
Pada 26 Januari hingga 27 Januari 2018 berlangsung Program Khemah Ibadat dan Kem Bestari Solat Tahun 6. Program ini telah mendapat kerjasama dengan pelajar-pelajar KUIS.Pelbagai aktiviti telah diadakan antaranya ceramah motivasi,latihan dalam kumpulan dan ceramah agama yang disampaikan oleh PU Izzat.

MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH

Jan 27, 2018
MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH
View Full Size
Isnin 22/01/2018:
Majlis Penyerahan Watikah kepada Pengawas, Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas telah dijalankan di Dewan Serentas. Majlis ini telah dianjurkan oleh Unit Pengawas dengan kerjasama Unit Disiplin dan Unit Bimbingan & Kaunseling. Acara perasmian dan penyerahan watikah telah disempurnakan oleh Sub Inspektor Ruhanah bt Kosmin dari IPD Ampang Jaya. Turut dijalankan adalah pembacaan ikrar yang dipimpin oleh Ketua Pengawas sekolah.

SERENTAS FUN RUN 2018

Jan 20, 2018
SERENTAS FUN RUN 2018
View Full Size
Pada 17 Januari 2018 Unit Kokurikulum telah mengadakan Fun Run peringkat sekolah. Tujuan program ini diadakan untuk memiih wakil sekolah ke Peringkat Daerah. Laluan untuk Feun Run Serentas ialah di sekitar Taman Perumahan Taman Tasik Ampang sejauh 5 KM. Peserta telah dilepaskan oleh YDP PIBG SK Taman Tasik En. Izudin Bin Masowadi. Juara Keseluruhan Fun Run ialah Rumah Kasturi dengan jumlah mata 227,Naib Johan Rumah Jebat ( 180 mata), Ketiga Rumah Tuah ( 168 mata), Keempat Rumah Lekir ( 163 mata) dan Kelima Rumah Lekiu (156 mata).

Taklimat Prasekolah 2018

Jan 13, 2018
Taklimat Prasekolah 2018
View Full Size
Pada 29 Disember 2017 berlangsung Taklimat prasekolah di Dewan SERENTAS. Taklimat disampaikan oleh Guru Besar Pn Juhranar binti Yang dan Guru Prasekolah Pn Azlinda. Seramai lebih kurang 48 orang waris yang hadir.Pada tahun ini murid prasekolah seramai 50 orang.

Pelancaran Program Guru Penyayang

Jan 8, 2018
Pelancaran Program  Guru Penyayang
View Full Size
Hari ini bertempat di Dataran SERENTAS berlangsung Majlis Program Guru Penyayang . Antara objektif program ini diadakan ialah

1. Menjiwai amalan penyayang adalah budaya guru.
2. Menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah,
3. Menyedari bahawa setiap murid adalah aset kepada sekolah .
4. Menghargai sumbangan murid,ibu bapa ,momuniti dan masyarakat kepada sekolah.

Program ini telah dirasmikan oleh Guru Besar SK Taman Tasik Pn. Juhranar binti Yang.

Pertandingan Badminton Piala YDP PIBG

Nov 28, 2017
Pertandingan Badminton Piala YDP PIBG
View Full Size
27 November 2017 berlangsung perlawanan badminton Piala YDP PIBG SK Taman Tasik bertempat Challenger Sport Centre Ampang. Sebanyak 11 regu yang bertanding. 

Switch to Mobile Version